Wajah budak yang berlari di hadapanku membuatkan aku terimbau pada kenangan lama. Wajah yang seakan-akan wajahnya. Wajah yang aku rindui.
Orang kata bila kita rindu seseorang kita akan rasa masa berlalu terlalu lambat. Ye ke? Cuma aku tidak sedar aku masih begini.
Aku masih duduk di bangku, melakar wajah itu seadanya diingatanku. Berterbangan idea melukis pemandangan tebingan sungai ini setelah memandang wajah itu. Aku tersenyum sendiri.
***
Aku membuang pandang ke luar pejabat am sekolah. Mungkin rutin di sini berhimpun setiap pagi. Pelajar yang mengetuai bacaan sifir itu melafaz sifir 6 tanpa tersekat. Hatiku tiba-tiba berdebar. Bukan apa, janganlah nanti giliran aku mengetuai bacaan sifir. Bukan tidak hafal, nanti tersangkut sebab gugup malu pula aku. Heh..
Usai urusan orang tuaku di pejabat, aku dihantar ke kelas. Seperti biasa, bila budak baru masuk kelas, guru bertanya namaku, dan dari mana. Seluruh kelas tertumpu kepadaku. aku ditempatkan di bahagian belakang.
Setelah Cikgu Kay keluar dari kelas, pelajar melakukan aktiviti biasa mereka, membuat bising.
Aku berkenalan dengan murid perempuan di sebelahku. Aishah namanya. Pernah tinggal di England selama setahun. Ayahnya pensyarah. Ohh, patutlah. Mungkin ketika itu ayahnya sedang menyambung pelajaran di sana.
Tiba-tiba datang seorang budak lelaki dari hadapan. Dgn wajah yang berkerut dia bertanya seribu satu soalan kepadaku.
Budak lelaki itu rupa-rupanya adalah ketua kelasku, Azra. Tetapi soalan yang keluar dari mulutnya bertubi-tubi ibarat wartawan sedang menyoalsiasat ahli politik. Meskipun begitu, aku senang dapat berkenalan dengannya.
Oh ya. Nama aku Myra. Aku baru berpindah ke SK Sri Jaya ni, tempat baharu dan suasana yang jauh berbeza dari sekolah lamaku.
Dan Azra, nama yang paling teguh dalam kotak ingatanku..
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.